Tag Yang Harus ada Jawapan?

Saya sering membaca blog orang lain yang menjawab tag dari kawan-kawan. Ada subjek yang menarik dan ada juga yang biasa-biasa.

Saya di tag oleh En. Adar. Saya kategorikan tag ini sebagai subjek yang menarik kerana ia mengupas hal yang berkaitan dengan diri blogger sendiri. Secara tidak langsung, ada unsur-unsur berterus terang di situ.

Haruskah saya berterus terang? Saya harap jawapan saya memenuhi syarat yang ditetapkan [oleh siapa?]

Lima perkara yang anda tidak tahu tentang BAYAN.

  • Saya dalam proses belajar menjadi wartawan [tidak belajar secara formal di universiti]. Wartawan bukanlah kerjaya impian, tetapi bidang penulisan pernah saya impikan. :lol:
  • Wajah saya mempunyai sejuta rasa - mudah berubah ikut situasi. Contohnya ; Jika ada orang merokok sebelah saya, saya akan berpaling secara automatik kepada si perokok dan memasamkan muka dengan garangnya. :mad:
  • Dalam tulang peha saya tertanamnya titanium. Tulang peha patah akibat dilanggar oleh seorang penunggang motor yang mabuk berbangsa… :sad:
  • Doktor melarang saya memakai kasut tumit tinggi kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan kaki, tapi saya berdegil dengan alasan “saya nampak terlalu ketot untuk berkasut flat”. :wink:
  • Tidak pernah berambut panjang. Tetapi suka tengok orang lain berambut panjang dan dalam usaha untuk memanjangkan rambut. :cool:

Saya kena tag 5 orang lagi? Saya nak tag : Eddyra, isteri, megat, musnaz dan tanabe. Harap tidak keberatan menjawab tag ini.

sumber tag : Adar

7 Responses to “Tag Yang Harus ada Jawapan?”

  1. pembebel Says:

    Uiks? Setahu aku, Cik Bayan anti-tag2 nih. Haha. :mrgreen:

  2. bayan Says:

    tu la pasal….kenapa ek? nak cuba kot, sebab affuan kata macam best je sesekali melayan tag ni..

  3. naem Says:

    :mrgreen: nampak avatar cik bayan kat blog saya..thanks sebab lawat…

    ps: apsal hitam je…suram malam ek?

  4. bayan Says:

    Saya dah pening nak cari theme. blogmas bagi banyak sangat theme. tapi tak per blogmas saya buh hitam, wordpress [http://psittacula.wordpress.com], saya buh putih. bukankah putih (siang) dan hitam (malam)…setia menemani kita sehingga akhir hayat? [tah apa kena mengena la...heheheh]

  5. eddyra Says:

    adehhzzzzz kena tag pulak.. berikan saya sedikit waktu untuk menjawab wahai cik press..

  6. bayan Says:

    boleh ajer…

  7. eddyra.net Says:

    [...] laa.. aku sudah kena tag dek bayan. Dalam berjuta-juta bloggers dalam donia ni aku jugak yang kena bersama-sama 4 blogger yang lain, [...]

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image