Archive for September 3rd, 2007

Tag Yang Harus ada Jawapan?

Posted in life on September 3rd, 2007 by bayan

Saya sering membaca blog orang lain yang menjawab tag dari kawan-kawan. Ada subjek yang menarik dan ada juga yang biasa-biasa.

Saya di tag oleh En. Adar. Saya kategorikan tag ini sebagai subjek yang menarik kerana ia mengupas hal yang berkaitan dengan diri blogger sendiri. Secara tidak langsung, ada unsur-unsur berterus terang di situ.

Haruskah saya berterus terang? Saya harap jawapan saya memenuhi syarat yang ditetapkan [oleh siapa?]

Lima perkara yang anda tidak tahu tentang BAYAN.

  • Saya dalam proses belajar menjadi wartawan [tidak belajar secara formal di universiti]. Wartawan bukanlah kerjaya impian, tetapi bidang penulisan pernah saya impikan. :lol:
  • Wajah saya mempunyai sejuta rasa - mudah berubah ikut situasi. Contohnya ; Jika ada orang merokok sebelah saya, saya akan berpaling secara automatik kepada si perokok dan memasamkan muka dengan garangnya. :mad:
  • Dalam tulang peha saya tertanamnya titanium. Tulang peha patah akibat dilanggar oleh seorang penunggang motor yang mabuk berbangsa… :sad:
  • Doktor melarang saya memakai kasut tumit tinggi kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan kaki, tapi saya berdegil dengan alasan “saya nampak terlalu ketot untuk berkasut flat”. :wink:
  • Tidak pernah berambut panjang. Tetapi suka tengok orang lain berambut panjang dan dalam usaha untuk memanjangkan rambut. :cool:

Saya kena tag 5 orang lagi? Saya nak tag : Eddyra, isteri, megat, musnaz dan tanabe. Harap tidak keberatan menjawab tag ini.

sumber tag : Adar