Tag 6 : Show Me Your Desktop
Posted in infotainment on September 28th, 2007 by bayanSebenarnya saya agak sibuk akhir-akhir ini. Apabila ada masa terluang pula, saya sibuk menambah ilmu dengan menggodek blog-blog yang berkaitan dengan teknologi perkomputeran. Agak sukar memahaminya kerana saya tidak pernah belajar secara khusus mengenai hal ini. Tapi, saya cuba.
Blog tidak begitu dikemaskini kerana kekurangan idea. Namun, tag dari encikEddyra memberi banyak manfaat kepada saya dan menyelesaikan satu permasalahan yang sudah dua minggu mengetuk otak saya untuk menyelesaikannya. Masalah itu kecil, namun manusia seperti saya yang rabun IT ini, menganggap masalah itu amat besar sehingga rela ‘tak makan’ [kerana puasa ..hehehe]
Masalah itu ialah “bagaimana cara untuk simpan imej sesuatu website/ imej yang tertera di skrin desktop“. Alhamdulillah, encik Eddyra telah membantu saya menyelesaikan masalah ini tanpa menggunakan screengrab [walaupun saya baru download software itu].
Menurut encik Eddyra;
These steps show you how to capture a screen shot of your desktop
- Press the Print Screen key on your keyboard. It may be labeled [PrtScn].
- Open an image editing program, such as Microsoft Paint.
Start > Program > Accessories > Paint - Hold Ctrl and press V
- Go to the File Menu and choose Save As.
- Navigate to the folder where you want to save the image.
- Type a file name for the image.
- Select a file type.
- Click the Save button.
Satu masalah selesai !
Dan yang kedua bukan masalah tetapi ‘tag’ yang harus saya laksanakan. Saya diminta untuk memaparkan imej yang tertera di skrin desktop saya. Alahai….
Bukannya apa-apa pun, tetapi skrin desktop saya, a.k.a wallpaper yang saya gunakan amat simple dan tidak kreatif langsung. Walau bagaimanapun, dengan rasa rendah diri dan tak malunya, saya paparkan juga untuk memenuhi tag tersebut.
Saya amat sukakan wallpaper ini. Kenapa? Kerana gambar ini memberi erti tersendiri kepada saya. Tangan itu umpama seseorang yang selalu menyokong saya tidak kira dalam apa jua keadaan. Bunga ‘hidup’ yang berada di atas tanah /pasir pula amat cantik dan meriangkan hati saya setiap kali memandangnya. Ia umpama harapan yang sentiasa wujud dan memberi semangat yang tidak pernah ‘mati’ kepada saya.
Begitu juga dengan komputer riba saya. Wallpaper yang sama saya gunakan. Desktop komputer di pejabat tak penuh dengan icon macam desktop mereka yang terlibat dalam kerja-kerja webmaster atau sistem komputer. Saya cuma wartawan biasa yang menggunakan microsoft office dan juga adobe photoshop.
Sekian, terima kasih. Harap encik Eddyra berpuas hati
Saya teringin melihat wallpaper desktop kawan-kawan yang lain iaitu :
1. tongah
2. azrul
3. nickmenza
4. adar
5. affuan
6. hardyw3bÂ
7. dekerinchiÂ






