Archive for August 30th, 2007

Antara sajak dan konvoi kemerdekaan

Posted in semasa on August 30th, 2007 by bayan

Saya baru balik dari “Majlis Apresiasi 50 tahun Malaysiaku Gemilang” peringkat agensi Islam di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di dewan PUSPANITA, Jalan Hose, Kuala Lumpur.

Majlis yang diuruskan hanya dalam masa seminggu itu amat meriah dengan kehadiran Ketua Pengarah agensi-agensi Islam seperti YADIM, JAKIM, IKIM, ILIM, YaPIEM, MAIWP, Darul Quran JAKIM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tabung Haji, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji serta PDRM.

Lainnya majlis ini ialah, ucaptama dan ucapan perasmi amat pendek. Memang itu yang mereka mahu. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan juga bacaan puisi oleh ketua-ketua pengarah agensi Islam. YB Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (perasmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), juga menyumbang sebuah sajak untuk dideklemasikan di hadapan tetamu.

1.JPG

Menariknya juga majlis ini kerana menjemput juara deklamasi sajak pelbagai kaum - Umi Nadzirah Mustapha Kamal dan juga Lim Pei Feng (kalau tak silap) - yang mendeklemasikan sajak yang ditulis oleh ayahanda masing-masing… begitu juga dengan sajak yang dibaca oleh Lim Swee Tin, benar-benar menggegar dewan dan mengembalikan semangat patriotik dalam diri saya.

Banyak perkara pelik dan menarik berlaku dalam majlis ini.

Budaya dan kesenian adalah antara cara yang berkesan untuk menaikkan semangat dan mengajak kita menyelami erti kemerdekaan. Bukan saya nak bandingkan dengan konvoi bermotor atau berkereta, tapi, saya belum nampak penghayatan kemerdekaan melalui cara itu. Mungkin juga saya yang belum pernah merasa berkonvoi untuk menyambut merdeka?

Tahniah kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kerana berjaya menjadi juara deklemasi puisi pada hari ini. Saya sambut merdeka di bawah ketiak emak! hehehhe….nak balik kampung jap lagi. Doakan saya selamat dlam perjalanan pergi dan pulang. Aminn…jumpa lagi next week!

Sign Up Advertlets