Merdeka Sana Sini
Dalam minggu ini saya sudah mencatat rekod kedatangan yang buruk - datang lewat ke pejabat dengan alasan jalan sesak. Memang jalan sesak. Aduhai, bukan jalan di tengah Kuala Lumpur sahaja sesak, nak masuk kawasan pejabat pun sesak.
Sebagai wartawan, ini merupakan peluang yang baik untuk membuat berita walau sekadar menceritakan kesesakan ruang jalan di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan KTM kerana ada acara perbarisan (rehearsal).
Sesekali terasa seperti berada di Iraq apabila pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia mula membuat latihan formasi udara. Bingit telinga, bergegar bangunan bila jet pejuang Sukhoi SU-30MKM (maybe) dengan megah menunjukkan skil, membelah keheningan ruang udara di sini.
Di dataran Masjid Negara pula penuh dengan skuad perbarisan daripada Kementerian Pertahanan - tentera laut, udara, dan darat termasuk polis, penguatkuasa dan sebagainya.
Sangat meriah sehingga kafe JAWI berdekatan Pusat Islam penuh dengan ‘mereka’ dan saya kekurangan menu untuk memilih sarapan pagi.
Dengar khabar kos untuk menyambut kemerdekaan ke 50 ini menelan belanja sehingga ratus juta, wallahua’lam! Apa yang penting merdeka itu wujud dalam setiap sanubari rakyat Malaysia sehingga bila-bila. Dan jiwa yang merdeka itu seterusnya menghasilkan warganegara yang tahu tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri, bangsa, agama dan negara. ![]()
August 29th, 2007 at 8:56 pm
salam…ini kali pertama saya singgah sini..menarik catatan ni..terutama ttg perbelanjaan yang tinggi tu..
apa yang kelakar kali ni ialah Rais Yatim mengarahkan semua orang termasuk jurugambar supaya tidak bergerak mengambil gambar ketika nyanyian lagu negara ku..
betapa bersemngat sungguh..
ps: hitung diri insafi mati..pernahkah kita betul2 menghormati azan sehingga sebegini rupa..
pps: jangan lupa utk singgah di blog saya ye..
August 30th, 2007 at 8:12 am
terima kasih naem kerana menyinggah ke blog saya ni.
usaha rais yatim dalam meningkatkan semula nilai dan budaya masyarakat malaysia amat dihargai, malah telah nampak banyak perubahan dalam aspek kesenian dan kebudayaan.
yang tak bestnya perbelanjaan memang banyak. namun, itu adalah jumlah yang harus kita bayar untuk mendapatkan kembali apa yang hilang.
harap-harap selepas ini kerajaan lebih berhemat dalam menggunakan duit rakyat. heheheh…
bab agama, kita tanya peranan ulamak dan umarak, selain kita sendiri berusaha menjadi khalifah Allah yang sebenar-benarnya! InsyaAllah..
August 30th, 2007 at 4:43 pm
Merdeka! Merdeka! Merdeka!…
Laungan yang sering kita dengar ketika menyambut hari kemerdekaan negara kita, Malaysia. Alhamdulillah kita sudah 50 tahun merdeka dan ini bermakna 50 tahun juga kita telah dapat menyelamatkan negara dari cengkaman penjajah. Dalam tempoh itu juga kita …
September 3rd, 2007 at 1:18 am
Merdeka lalu I balik Terengganu.. jammed jalan. Macam raya pulak, ada PAS punya perhimpunan, ada bola malam tu kat stadium dan ada sambutan merdeka, ada expo pertanian di Batu Buruk.. jammed abisss.
September 3rd, 2007 at 9:52 am
en. megat, negara kita dah merdeka. Apabila dah merdeka, segalanya kita buat dengan ‘cara kita’. tapi ‘cara kita’ banyak diperolehi dari pengalaman dan pemerhatian kita terhadap dunia luar…tepuk dada tanya selera.
en. eddyra, sana sini sesak. macam-macam agenda dilaksanakan sempena merdeka dan cuti-cuti ini…Duk rumah pun sesak nafas!
September 9th, 2007 at 3:30 pm
merdeka style kita.. juta-juta abis bang..
September 11th, 2007 at 12:25 am
kita kan banyak duit…’kita’?