Merdeka Sana Sini
Posted in life on August 29th, 2007 by bayanDalam minggu ini saya sudah mencatat rekod kedatangan yang buruk - datang lewat ke pejabat dengan alasan jalan sesak. Memang jalan sesak. Aduhai, bukan jalan di tengah Kuala Lumpur sahaja sesak, nak masuk kawasan pejabat pun sesak.
Sebagai wartawan, ini merupakan peluang yang baik untuk membuat berita walau sekadar menceritakan kesesakan ruang jalan di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan KTM kerana ada acara perbarisan (rehearsal).
Sesekali terasa seperti berada di Iraq apabila pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia mula membuat latihan formasi udara. Bingit telinga, bergegar bangunan bila jet pejuang Sukhoi SU-30MKM (maybe) dengan megah menunjukkan skil, membelah keheningan ruang udara di sini.
Di dataran Masjid Negara pula penuh dengan skuad perbarisan daripada Kementerian Pertahanan - tentera laut, udara, dan darat termasuk polis, penguatkuasa dan sebagainya.
Sangat meriah sehingga kafe JAWI berdekatan Pusat Islam penuh dengan ‘mereka’ dan saya kekurangan menu untuk memilih sarapan pagi.
Dengar khabar kos untuk menyambut kemerdekaan ke 50 ini menelan belanja sehingga ratus juta, wallahua’lam! Apa yang penting merdeka itu wujud dalam setiap sanubari rakyat Malaysia sehingga bila-bila. Dan jiwa yang merdeka itu seterusnya menghasilkan warganegara yang tahu tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri, bangsa, agama dan negara. ![]()