Panduan Perancangan Jangka Panjang
Posted in moneytalk on August 23rd, 2007 by bayanSecara asasnya, terdapat lima perkara utama dalam hidup yang memerlukan perancangan kewangan yang teliti dan simpanan wang yang besar.
- Perancangan pendidikan anak : Pembiayaan ini termasuk yuran untuk taska/tadika, sekolah, kolej dan universiti. Taska/tadika dan sekolah mungkin tidak begitu menunjukkan masalah, tetapi kolej dan universiti memerlukan simpanan dalam jangka masa panjang.
- Perancangan pembelian rumah : Struktur isi rumah mempengaruhi jenis rumah yang akan di beli. Dalam usaha untuk membeli apa jua jenis rumah, beberapa perkara perlu diambil kira seperti tarikh pembelian, deposit dan pendahuluan, tempoh pinjaman dan pembayaran balik serta jumlah ansuran bulanan. Pengiraan secara teliti harus dilakukan agar tidak mempengaruhi perancangan perbelanjaan yang lain.
- Perancangan membeli kenderaan : Memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta menjadi keperluan terutama kepada mereka yang tinggal di bandar dan memerlukan pergerakan yang kerap. Kereta di letakkan dalam kategori keperluan kerana memudahkan banyak perkara, lebih-lebih lagi yang bersifat kecemasan seperti menghantar ahli keluarga yang sakit ke hospital dan sebagainya. Perancangan harus diteliti dalam aspek wang pendahuluan untuk membeli kereta, bayaran ansuran dan pinjaman yang dilakukan (jika ada).
- Perancangan perkahwinan anak : Walaupun aspek ini boleh berubah mengikut keadaan semasa (harga barang yang semakin naik), kita harus menetapkan sejumlah simpanan untuk mengadakan majlis perkahwinan ini. Sebaiknya, fikir dan rancang majlis yang sederhana dan tidak membazir walaupun untuk majlis perkahwinan anak pertama. Seharusnya juga anak-anak digalakkan menyimpan sendiri (jika sudah bekerja), untuk majlis perkahwinan mereka.
- Perancangan hari tua : Tidak kira sama ada bekerja dengan kerajaan (yang dijanjikan kwsp, pencen dan elaun-elaun lain), atau swasta, simpanan peribadi untuk hari tua jangan sekali-kali diabaikan. Apatah lagi jika anda mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sendiri (bukan rumah anak-anak). Pelbagai perbelanjaan dan keprluan harus diambilkira.