Meminjam Impian

Saya mempunyai impian. Impian itu memang besar. Namun tiada keupayaan yang besar untuk merealisasikannya.

Untuk menggapai impian itu memang mudah kerana dikelilingi oleh ruang dan keadaan yang amat baik [sokongan moral]. Ramai yang sanggup membantu. Namun, keupayaan sedikit ‘rencat’. Saya tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk merealisasikan cita-cita.

Baikkah kalau saya meminjam dengan mana-mana badan kewangan demi merealisasikan impian? Bukankah berusaha sendiri sedikit demi sedikit itu lebih manis hasilnya?

cerita sebenarnya :

Impian : saya berhasrat untuk membuat pinjaman dengan Bank Rakyat untuk membeli kamera digital SLR (nikon D70s atau Canon Eos).

Tujuan : memantapkan lagi kerjaya sebagai wartawan dan ingin menjengah ke dunia fotografi atas dasar minat.

Masalah yang dihadapi : Kewangan yang tidak mencukupi dan juga kekangan masa.

Berbaloikah saya meminjam dengan bank demi menggapai impian yang saya sendiri tak pasti hala tujunya. Berbaloikah meminjam wang hanya kerana hendak membeli sesuatu barang berlandaskan rasa minat. Pulangan yang akan saya perolehi dapatkah dijadikan sandaran untuk membayar balik pinjaman itu?

2 Responses to “Meminjam Impian”

  1. ed Says:

    bg sy,lebih baik usaha sendiri dari meminjam tp terpulang pada situasinya. Meminjam lagi baik pinjam dari ahli keluarga(jika boleh) dari meminjam dari bank. Anyway terus usaha cik bayan “memburu” impian.

  2. bayan Says:

    Bagi saya pula, better pinjam dengan bank daripada ahli keluarga. Takut nanti skim pembayaran tidak tegas. hehehehe……tak mahu nanti barang yang kita beli jadi tak berkat kerana ada orang tak puas hati. dan bila kita pinjam dengan bank, mengajar erti disiplin - membayar balik dengan tepat dan juga mengajar kita menghargai barang yang kita beli (mahal dan sukar diperolehi)

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image