CELCOM vs DIGI
Posted in life on August 10th, 2007 by bayan
Saya mempunyai ahli keluarga yang sederhana besar. Zaman kanak-kanak memang terasa ’semaknya’ suasana rumah dengan jerit pekik dan hilai tawa-tangis adik beradik. Bila dah besar dan masing-masing dah berjauhan [belajar dan bekerja], terasa rindu pada zaman kanak-kanak. Untuk balik setiap minggu memang agak mustahil apatah lagi yang tinggal jauh dari Negeri Sembilan (kampung saya). Maka cara terbaik memastikan ukhuwah itu sentiasa berjalan ialah dengan saling berhubungan melalui telefon, sms dan email.
Mak dan abah pun pakai telefon bimbit setelah telefon yang dipasang di rumah(telekom) dipotong [gara-gara adik yang selalu bergayut tapi tak mahu bayar sebab dia gi sekolah pun mak yang bagi duit].
Bila di kira-kira, jumlah penggunaan telefon bimbit dalam keluarga saya mencecah 11 buah [ada yang pakai 2 telefon bimbit sebab kaya sangat dan menunjuk2...hehehhe].
Tapi kami selalu gaduh juga bila masing-masing tak mahu bercakap dengan lama gara-gara berlainan talian [celcom, digi, maxis]…akibatnya, yang guna celcom akan bercakap lama-lama dengan yang guna celcom [sebab ada nilai ganjaran dan 8pax yang menguntungkan], begitu juga dengan digi dan maxis.
Tapi abah dan mak memang best sebab tak kira talian apa pun yang anak-anaknya gunakan mereka tetap menghubunginya dan bercakap lama-lama dan membuatkan anak-anaknya [ini], rasa malu dan serba salah. Kata mereka, bukan nilai wang yang digaduhkan tetapi nilai kasih sayang yang tiada putus itu yang diharapkan.
* ermmm saya masih mengira-ngira berapa kali saya telefon mak abah bulan ni….