Archive for August, 2007

Antara sajak dan konvoi kemerdekaan

Posted in semasa on August 30th, 2007 by bayan

Saya baru balik dari “Majlis Apresiasi 50 tahun Malaysiaku Gemilang” peringkat agensi Islam di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di dewan PUSPANITA, Jalan Hose, Kuala Lumpur.

Majlis yang diuruskan hanya dalam masa seminggu itu amat meriah dengan kehadiran Ketua Pengarah agensi-agensi Islam seperti YADIM, JAKIM, IKIM, ILIM, YaPIEM, MAIWP, Darul Quran JAKIM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tabung Haji, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji serta PDRM.

Lainnya majlis ini ialah, ucaptama dan ucapan perasmi amat pendek. Memang itu yang mereka mahu. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan juga bacaan puisi oleh ketua-ketua pengarah agensi Islam. YB Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (perasmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), juga menyumbang sebuah sajak untuk dideklemasikan di hadapan tetamu.

1.JPG

Menariknya juga majlis ini kerana menjemput juara deklamasi sajak pelbagai kaum - Umi Nadzirah Mustapha Kamal dan juga Lim Pei Feng (kalau tak silap) - yang mendeklemasikan sajak yang ditulis oleh ayahanda masing-masing… begitu juga dengan sajak yang dibaca oleh Lim Swee Tin, benar-benar menggegar dewan dan mengembalikan semangat patriotik dalam diri saya.

Banyak perkara pelik dan menarik berlaku dalam majlis ini.

Budaya dan kesenian adalah antara cara yang berkesan untuk menaikkan semangat dan mengajak kita menyelami erti kemerdekaan. Bukan saya nak bandingkan dengan konvoi bermotor atau berkereta, tapi, saya belum nampak penghayatan kemerdekaan melalui cara itu. Mungkin juga saya yang belum pernah merasa berkonvoi untuk menyambut merdeka?

Tahniah kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kerana berjaya menjadi juara deklemasi puisi pada hari ini. Saya sambut merdeka di bawah ketiak emak! hehehhe….nak balik kampung jap lagi. Doakan saya selamat dlam perjalanan pergi dan pulang. Aminn…jumpa lagi next week!

Sign Up Advertlets

Merdeka Sana Sini

Posted in life on August 29th, 2007 by bayan

Dalam minggu ini saya sudah mencatat rekod kedatangan yang buruk - datang lewat ke pejabat dengan alasan jalan sesak. Memang jalan sesak. Aduhai, bukan jalan di tengah Kuala Lumpur sahaja sesak, nak masuk kawasan pejabat pun sesak.

Sebagai wartawan, ini merupakan peluang yang baik untuk membuat berita walau sekadar menceritakan kesesakan ruang jalan di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan KTM kerana ada acara perbarisan (rehearsal).

Sesekali terasa seperti berada di Iraq apabila pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia mula membuat latihan formasi udara. Bingit telinga, bergegar bangunan bila jet pejuang Sukhoi SU-30MKM (maybe) dengan megah menunjukkan skil, membelah keheningan ruang udara di sini.

Di dataran Masjid Negara pula penuh dengan skuad perbarisan daripada Kementerian Pertahanan - tentera laut, udara, dan darat termasuk polis, penguatkuasa dan sebagainya.

Sangat meriah sehingga kafe JAWI berdekatan Pusat Islam penuh dengan ‘mereka’ dan saya kekurangan menu untuk memilih sarapan pagi.

Dengar khabar kos untuk menyambut kemerdekaan ke 50 ini menelan belanja sehingga ratus juta, wallahua’lam! Apa yang penting merdeka itu wujud dalam setiap sanubari rakyat Malaysia sehingga bila-bila. Dan jiwa yang merdeka itu seterusnya menghasilkan warganegara yang tahu tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri, bangsa, agama dan negara. :wink:

Blogmas Yang Semakin CUN

Posted in infotainment on August 29th, 2007 by bayan

Saya semakin serasi dengan blogmas walaupun latar belakang blogmas masih belum saya terokai sepenuhnya. Dari hari ke hari keupayaan blogmas memikat hati.

contohnya :

  • Theme yang ditawarkan bertambah banyak dan menarik. Saya sangat suka warna theme yang saya pilih ni - Black-LetterHead 1.0 by Ulysses Ronquillo :The dark side of white space.
  • Tapi susah jugak sebab saya masih tak boleh/tak tahu cara termudah menukar image header kesukaan saya. Bila-bila nanti saya explore laa…
  • Selain itu, blogmas dah tawarkan ni ikon smiley yang comel seperti ini :lol: :mrgreen: :neutral: :arrow: :shock: :smile: :???: :cool: :evil: :grin: : :idea: :oops: :razz: :roll: :wink: :cry: :eek: :lol: :mad: ….dan banyak lagi
  • Dekat dashboard ada maklumat terperinci tentang aktiviti kita. Dan saya paling suka lepak kat blogmas - blog kita yang mengumpulkan semua blogger blogmas dalam satu blog - Maknanya, kat sini kita leh berbincang tentang apa sahaja [paling penting tentang blogmas laa…]. Kira macam ‘papan kenyataan’ juga la.
  • Senarai penuh blog pun ada, jadi kita boleh terus klik kat situ untuk menjelajah ke blog orang lain.
  • Yang paling penting, saya teruja dan ‘touching‘ sangat dengan blogmas kerana menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Tengok je la warna tema blogmas tu, siap ada bayangan jalur gemilang. Satu lagi, setiap masalah kita akan juga diselesaikan sesegera mungkin.

Harap-harap keselesaan dan kebajikan blogger blogmas akan dipelihara oleh pihak admin sampai bila-bila. Aminnn…. :lol:

Peringatan Semasa Menyediakan Perancangan

Posted in moneytalk on August 27th, 2007 by bayan

Beberapa peringatan semasa menyediakan pelan perancangan jangka panjang:

financial.jpg

  • Perbelanjaan luar jangkaan : Penyakit, kecederaan dan bencana yang tidak diduga boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Pada waktu ini wang simpanan amat penting dan janganlah terlalu bergantung kepada orang lain.
  • Tidak keterlaluan : Adalah penting untuk mengetahui keadaan belanjawan semasa keluarga [pendapatan, perbelanjaan, harta, pinjaman dan sebagainya]. Perancangan yang keterlaluan hanya akan menjerut leher anda sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Atur perancangan mengikut kepentingan. Jangan tergesa-gesa dalam merealisasikan kesemua matlamat/impian yang telah dirancang.
  • Perancangan seimbang : Hidup ini seperti roda. Adakalanya kita susah, adakalanya kita senang. Semasa senang janganlah leka serta lupa diri. Manakala, ketika susah pula janganlah mati akal atau cepat berputus asa. Amalkan sikap sentiasa beringat tidak kira ketika susah atau senang.

Panduan Perancangan Jangka Panjang

Posted in moneytalk on August 23rd, 2007 by bayan

Secara asasnya, terdapat lima perkara utama dalam hidup yang memerlukan perancangan kewangan yang teliti dan simpanan wang yang besar.

  • Perancangan pendidikan anak : Pembiayaan ini termasuk yuran untuk taska/tadika, sekolah, kolej dan universiti. Taska/tadika dan sekolah mungkin tidak begitu menunjukkan masalah, tetapi kolej dan universiti memerlukan simpanan dalam jangka masa panjang.
  • Perancangan pembelian rumah : Struktur isi rumah mempengaruhi jenis rumah yang akan di beli. Dalam usaha untuk membeli apa jua jenis rumah, beberapa perkara perlu diambil kira seperti tarikh pembelian, deposit dan pendahuluan, tempoh pinjaman dan pembayaran balik serta jumlah ansuran bulanan. Pengiraan secara teliti harus dilakukan agar tidak mempengaruhi perancangan perbelanjaan yang lain.
  • Perancangan membeli kenderaan : Memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta menjadi keperluan terutama kepada mereka yang tinggal di bandar dan memerlukan pergerakan yang kerap. Kereta di letakkan dalam kategori keperluan kerana memudahkan banyak perkara, lebih-lebih lagi yang bersifat kecemasan seperti menghantar ahli keluarga yang sakit ke hospital dan sebagainya. Perancangan harus diteliti dalam aspek wang pendahuluan untuk membeli kereta, bayaran ansuran dan pinjaman yang dilakukan (jika ada).
  • Perancangan perkahwinan anak : Walaupun aspek ini boleh berubah mengikut keadaan semasa (harga barang yang semakin naik), kita harus menetapkan sejumlah simpanan untuk mengadakan majlis perkahwinan ini. Sebaiknya, fikir dan rancang majlis yang sederhana dan tidak membazir walaupun untuk majlis perkahwinan anak pertama. Seharusnya juga anak-anak digalakkan menyimpan sendiri (jika sudah bekerja), untuk majlis perkahwinan mereka.
  • Perancangan hari tua : Tidak kira sama ada bekerja dengan kerajaan (yang dijanjikan kwsp, pencen dan elaun-elaun lain), atau swasta, simpanan peribadi untuk hari tua jangan sekali-kali diabaikan. Apatah lagi jika anda mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sendiri (bukan rumah anak-anak). Pelbagai perbelanjaan dan keprluan harus diambilkira.

Perancangan Jangka Panjang

Posted in moneytalk on August 22nd, 2007 by bayan

Perancangan jangka panjang?

Setiap orang mempunyai matlamat dan impian hidup yang tidak boleh dilangsungkan dalam waktu terdekat. Apatah lagi yang sudah berkeluarga. Matlamat dan impian bukan hanya melibatkan satu kepala, tetapi semua ahli keluarga mempunyai impian masing-masing. Impian ini juga saling berkaitan apabila melibatkan aspek kewangan.

Secara mudahnya, dalam hidup seseorang akan menempuh satu kitaran- berkahwin- hidup bersama pasangan- anak-anak - persekolahan- pembelian rumah- kereta- perubatan- kehidupan hari tua dan sebagainya.

Berpandukan kepada kehidupan masa kini, perubahan sosial dan ekonomi yang semakin pantas bergerak, adakah kita sudah bersedia merealisasikan impian yang pastinya menjadi nyata - sama ada hendak atau tidak, sedar atau tidak, ianya akan kita tempuhi.

Bagaimana membuat perancangan jangka panjang?

Untukmembuat perangcangan jangka panjang, semua ahli keluarga harus berbincang dalam membuat perancangan dan matlamat.

Ini amat penting dalam mewujudkan suasana kerjasama dan tolak ansur dalam melaksanakan apa yang telah dirancangkan.

Antara dia dan Dia

Posted in semasa on August 20th, 2007 by bayan

Katanya, hanya satu yang mampu menyelamatkan! Mungkin juga antara dia dan Dia. Kedua-duanya ada perkaitan. Memang Dia telah menentukan sesuatu itu (takdir), tetapi penyebab takdir itu adalah ‘dia’. Maka peliharalah dia dan Dia, agar takdir yang berlaku itu tidak begitu hiba. Jika hiba pun, terimalah ia dengan BAIK.

busbmp.jpg Hari ini, masih terdengar suara beberapa pihak berikutan kemalangan yang menyedihkan, yang berlaku beberapa minggu yang lepas.

Katanya, hanya satu syarikat di Semenanjung yang mampu membina badan bas dengan kaedah ‘Struktur Super’ yang memenuhi piawaian R66 ECE iaitu dengan menyambungnya secara terus ke platform casis [tapi, tak dinyatakan nama syarikat itu].

Katanya lagi, kaedah itu menjadikan kerangka dan badan bas, terutama bahagian bumbungnya lebih kukuh sekali gus lebih selamat untuk penumpang jika berlaku kemalangan.

50% bas di Malaysia guna teknik kimpalan yang tidak selamat iaitu dengan menyambung beberapa panel keluli berasingan bagi dijadikan kerangka badan sebelum dibentuk menjadi bahagian tertentu termasuk badan dan bumbung.

Kemudian, dia mengumumkan pematuhan piawaian R66 ECE bagi bas baru diwajibkan kerana struktur bumbung yang kuat mampu mengurangkan risiko kematian ketika kemalangan.

Difahamkan, kebanyakan pengusaha bas memilih kaedah kimpalan untuk kenderaan mereka kerana kosnya jauh lebih murah iaitu kira-kira RM250,000 seunit berbanding bas Struktur Super yang berharga lebih RM500,000.

Sudah jelaskah siapa yang harus LEBIH bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna?

ermmm….saya teringat industri perfileman di Malaysia. kos…kos….kos….

Do not pump full tank of petrol ?

Posted in infotainment on August 17th, 2007 by bayan

filebin.gif

Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line (in black ). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve is opened (at the top of the pump station) to allow excess petrol to flow back into the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning you are donating the petrol back to SHELL/ PETRONAS/ CALTEX/MOBIL……….

*From my e-mail……..

Sebungkus Rojak dan Orang Melayu

Posted in life on August 16th, 2007 by bayan

Seorang kawan baru balik dari kedai mamak. Membeli sebungkus rojak tengah hari ‘bute’ dengan beberapa bebelan…

Saya pegi kedai mamak beli rojak, mamak tu bungkus bahan-bahan rojak dengan tangan yang bogel [tak guna plastik sarung tangan atau pengepit]

“habis tu buat apa beli?”

[soalan itu tak dijawab]

mamak tu garu leher dia agak lama. Eeiii saya dah naik geli, tapi saya pandang je. Lepas tu dia guna tangan yang sama untuk kupas telur

“Habis tu? Awak biar jer?”

Biar je. Saya balik ni, saya asingkan telur dan basuh semula

“Kenapa beli kat kedai mamak?”

Melayu mana ada jual rojak…

“Rojak tu makanan Melayu atau mamak ek?”

Meminjam Impian

Posted in moneytalk on August 15th, 2007 by bayan

Saya mempunyai impian. Impian itu memang besar. Namun tiada keupayaan yang besar untuk merealisasikannya.

Untuk menggapai impian itu memang mudah kerana dikelilingi oleh ruang dan keadaan yang amat baik [sokongan moral]. Ramai yang sanggup membantu. Namun, keupayaan sedikit ‘rencat’. Saya tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk merealisasikan cita-cita.

Baikkah kalau saya meminjam dengan mana-mana badan kewangan demi merealisasikan impian? Bukankah berusaha sendiri sedikit demi sedikit itu lebih manis hasilnya?

cerita sebenarnya :

Impian : saya berhasrat untuk membuat pinjaman dengan Bank Rakyat untuk membeli kamera digital SLR (nikon D70s atau Canon Eos).

Tujuan : memantapkan lagi kerjaya sebagai wartawan dan ingin menjengah ke dunia fotografi atas dasar minat.

Masalah yang dihadapi : Kewangan yang tidak mencukupi dan juga kekangan masa.

Berbaloikah saya meminjam dengan bank demi menggapai impian yang saya sendiri tak pasti hala tujunya. Berbaloikah meminjam wang hanya kerana hendak membeli sesuatu barang berlandaskan rasa minat. Pulangan yang akan saya perolehi dapatkah dijadikan sandaran untuk membayar balik pinjaman itu?