Melihat Mereka

Posted in Album on March 7th, 2011 by bayan

Seorang ibu dengan dua orang anaknya di Perkampungan Orang Asli Arong, Pekan, Pahang.

Melihat mereka. Sebenarnya tiada beza dengan kita. Cuma budaya. Mungkin juga kepercayaan. Kita tetap manusia.

Tags: ,

Jangan

Posted in motivasi on June 22nd, 2010 by bayan

Jangan terkesima kawan jika kau dikhianati berulang-ulang. Jangan terkesima tatkala kawan menjadi lawan.

Sebenarnya ia kisah yang ulang-ulang. Selagi kamu tidak mengambil pengajaran dari pengkhianatan dan kekecewaan itu, ia akan terus mengejar kamu.

Belajar redha dan ikhlas.

Kerana apa?

Kerana Tuhan mahu kamu belajar menjadi manusia.

Bukan selainnya.

Buka pintu hati.

Tags: , ,

Berehat

Posted in life on June 12th, 2009 by bayan

Bila mahu terbang, aku terbang.

Jika letih singgahlah mana-mana dahan atau apa sahaja.

Kerana tiada sangkar yang mengurung kita

Kerana tiada denak yang memerangkap kita.

Hati-hati dan serah pada Tuhan.

Tags:

Nyum Nyum.

Posted in Album on May 20th, 2009 by bayan

Terima kasih!

Tags: , ,

Di Sana

Posted in life on May 14th, 2009 by bayan

Aku tidak akan menemanimu di ’sana’.

Jaga langkahmu hari ini

agar kau tidak menyesal esok!

Tags:

Merah

Posted in Album on May 6th, 2009 by bayan

Merah itu membara. Dalam apa jua bentuk.

Tags: , ,

Mati Dalam Sepi

Posted in life on April 9th, 2009 by bayan

Katanya, “aku lebih rela mati dalam kesakitan, daripada mati dalam sunyi dan sepi.”

Saya hanya diam, sambil alur matanya mula digenangi air suci sepi. Anak-anaknya menghilang. Tiada khabar apatah lagi panggilan telefon.

Dia, warga emas yang tidak tahu ke mana gerangan ‘alur darah’ yang pernah dilahirkannya dahulu.

Ke mana?

…..

Sepi.

Tags: , , ,

Rehat

Posted in Album on March 3rd, 2009 by bayan

Ini masa untuk berehat. Kembali pada diri. Kaji asal usul - dari mana dan siapa kita sebenarnya.

Rehatlah, esok harapnya masih ada untuk kita teruskan hidup.

Tuhan, panjangkanlah umur hambaMu ini. Amin.

Tags: , , , ,

Bila Bunga Mahu Berkembang?

Posted in Album on February 18th, 2009 by bayan

Kata orang, tidak elok letak kaktus dalam rumah. Nanti penghuni rumah akan ‘panas’ selalu dan asyik bertegang urat.

Iye ke?

Macam tidak boleh pakai sahaja alasan itu.

Tags: , , ,

Berkesankah?

Posted in Uncategorized on February 10th, 2009 by bayan

Tags: ,